27 April 2014

Day 3, London (Arsenal).

Peace be upon you bertemu lagi kita di entri hari ke-3 di London. Hari ke-2 penat pi balik ke Cardiff, Hari ke-3 kita jalan sampai sakit kaki around London pula.

Macam biasa (padahal baru 2 kali bangun pagi kat London) hihi! Turun breakfast, jumpa Kai dan Yiwen lepastu confirmkan semula dengan depa tiket tube berapa ringgit untuk dua hari. Lepas dah dapat kepastian makanyaaaa kami pun selamat keluar dari hotel menuju ke station Bayswater.

Alaaa masih awal. 8.30 pagi. Okay, kita beli Oyster Card dulu! Oyster Card fungsinya macam touch n go lah. Nak naik train/tube/bas kat sana kena guna Oyster Card ni lah. Harga nya 5 pound tapi tu harga kad sahaja! Maknanya kita kena topup sendiri berapa pound kita nak ada dalam kad kita tu. Okay, we olls cuma topup 10 pound sahaja jadinya harga yang perlu dibayar adalah 15 pound. Harga kad yang 5 pound tu nanti masa balik, kita boleh pi juai balik kad tu kat station so nanti kita dapat balik la 5 pound tu. Kira macam deposit lah kan. Tapi i olls tak juai balik. Sayang. Simpan bawak balik Malaysia sebab nanti nak pi lagi :P

Dah selesai beli. Ambik map tube sebab senang nak rujuk dan sangat lah berguna. Boleh study tempat-tempat kita nak pi tu kena naik lane mana semua tu. Map free saja dan boleh ambik banyak mana nak ambik tapi, ehem nak buat apa banyak-banyak? Ahahahah bukan boleh lap pungkoq punnn.

Kenapa we olls topup 10 pound ja? Cukup ka nak jalan-jalan sampai petang ni? Banyak tempat nak pi ni! Okay kat London ni ada price capping. Apedia tu? Makna kata kita hanya di 'charge' maximum 7.00 pound untuk satu hari perjalanan bermula dari jam 9.30 pagi hingga 4.00 petang kemudian 7.00 malam ke atas DAN hanya untuk ZONE 1-2 sahaja. Ya dua zon sahaja tapi percayalah, tak sempat pun nak explore semua tempat. Dah la depa ada 8 zon! kalau nak pi zon lain, kena topup cara lain pulak. Dia ada price capping lain pulak. Tu takmau bagitau sebab nanti you olls pening. Next time okay? Nanti i olls pi sekali lagi untuk cover semuaaa zon! Maklumat lanjut boleh check sini -----> Transport For London

Dan lagi satuuuu, price capping tu jugak kita bolehhhhh guna naik bas merah 2 tingkat yang tinggi gayat gila macam dalam movie Harry Potter tuuu. Tapi pastikan ada logo underground tu tau. Okay, jam dah 9.30 pagi jom kita serbu platform kita yang pertama. JANGAN HILANGKAN KAD ANDA.

Lokasi pertama pagi ini ada ke utara London untuk melawat ARSENAL. Nak pi Emirates Stadium!


Ni ghopenya Oyster Card tu. Dapat cover sekali.

First timeee dok underground London ni! Excitedddd! 

Londoners nak pi mana taktau ramai-ramai ni.

Masa kat bawah ni, dia ada dua line, Kuning atau Hijau. We olls ambil kuning iaitu Circle Line. Nanti train dari sini akan ke stesen South Kensington dan dari situ turun train dan cari platform Victoria Line, naik train Victoria Line untuk ke Arsenal. Vicoria Line ni waran biru tua! Yeahhh tererrrr! Sebenarnya, tak susah dengan berpandukan map sahaja insyAllah tak sesat. Yakin! 

Kiranya perjalanan untuk ke Arsenal adalah dari:

Bayswater  ambil Cirle Line  via Victoria - naik train sampai stesen South Kensington - turun - jalan cari platform Victoria Line - naik train - direct ke Arsenal. 

Kalau tak pasti, semak map, tanya orang atau dengar announcement. Settle.

Yes! Selamat sampai tanpa sesat!

Dari luar stesen. Best gila dapat jejak woi! haha

Jalan kaki dari stesen ke stadium. Cantik rumah area Arsenal ni. Sunyi ja.

Masa nak keluar dari stesen tu ada dah signboard rata-rata nak ke Emirates Stadium. Kira dari stesen tu pusing kanan sahaja. Dan jalan ja ikut lorong pejalan kaki tu. Jalan 5 minit ja. Pastu jumpa lahhhh kedai The Armoury. Haaa bukan kedai senjata na tapi kedai jual barang-barang Arsenal FC. Tapi kedai ni kecik ja sebabbbb ada satu lagi kedai Yang 3 kali ganda besaq dari kedai The Armoury yang terletak di belakang Emirates Stadium. Yang satu lagi tu betul-betul kat pintu masuk nak beli tiket Arsenal Tour. Nama pun The Armoury jugak.

Paling happy, paling banyak gambaq masa kat sini tentulah Azim kan. i olls tolong snap snap ja. Haih takpa lah kita kasi chance kat dia kan. Nak sangat mai sini kannnn. Kira sepanjang 2 jam lebih kat sini dok tengok dia ghenyehhh ja. 

First logo nampak teruih nak snap dah. Belum nampak stadium lagiiii masa ni.

I step on it! I step on it! Ni masa kat kedai. I olls sibuk tangkap gambaq manakala Azim pulak sibuk.........

 Shopping! Shopping barang dia, barang orang pesan.

 Siap pakai jersi kat dalam lagi. Tak sejuk ka? T__T Semangat sangat dia.


Setiap saat. Setiap gambaq. Batang hidung stadium tak nampak lagi.

Okay nampak dah sipi-sipi. Amboi tanpa menoleh ke belakang!

Ha, toleh la sikit. Ahahaha!

Masa ni I know he is speechless and yes dream come true.

Checked! Emirates Stadium.

Okay masa ni tengah cari kaunter nak join stadium tour tapi tak jumpa lagi. Makanya kena tangkap gambaq dia lah.

Dan lagi.

Oh, ni kagum sangat. Ada banyak bench macam ni pastu ada nama player. Termasuk kat tiles bawah tu. Ramai gila! Maybe ada staff lain lagi yang pernah berkhidmat dengan Arsenal FC.

Okay jumpa dah kaunter mari beli tiket masuk.

18 pound untuk self guided tour. Maknanya, kita jalan dalam tu sendiri, nanti dia bagi radio kecik untuk kita dengaq explanation. Pastu dapat lanyard Arsenal FC free satu! Yeay! Stadium ni lawaaa luasss! Coldplay penah buat concert kat sini masa taun 2012 kot. 

Apa lagi jom layan gambaq tour pulak!

 Eh? Kerja sini ka?

 
Amboi.

 Amboi jugak.

Kata-kata semangat.

Bilik mandi. Ramsey mandi bogel kat situ eh? ahahaha!

Ada jakuzi kecik juga!

Sick-bay

Changing rooom!

Kalau nak ikut, gambaq paling banyak sekali dalam ni lah tapi takpa lah satgi you olls muntah pulak tengok ahahaha! I olls letak dua dah la.

 Tak habis-habis dengan favorite dia.

"Eh tempat ni Ramsey pijak pijak guling guling tuu. Eh peluh menitik pun kat lantai ni la. Ehhhh!"

Nak pi tengok padang pulak. Semangat bola dia tu mai dah lettew.

 "I was hereee"

Macam pengacara nak bagitau something dak? Ahahaha!

Ni selalu tengok orang dok dalam tv ja. Now im on it!

Ajimmm is happy, I know.

Lepas dah penat pusing-pusing dalam stadium, kita pusing-pusing luaq stadium pulak. Memang complete la tawaf satu stadium. Ambui kalau kat kedah tu, stadium pun tak pandang tau. Ramai orang jog around stadium ni. Jalan-jalan bawak anjing pun ada. Pastu baik punyaaa dia dok kencing rata-rata. Be careful kalau mai sini, jangan nak main landing suka suki okay? 

Haa ni tengah cari port la ni.

Half baruuu jalan keliling ni. Stop sat.

Tugu Thierry Henry dengan legend pose dia. 

Nak jugak! Ahahaha jealous lettew!


Selepas penat merayau di Arsenal, makanya dengan berat hati melangkah meninggalkan Arsenal dan menuju ke Camden Town. Kalau ikut "orang kata" Camden ni meriah dengan baju kasut apa semua jenih la. Okay, nak sangat pi, jom kita pi! Dekat dah dengan Arsenal.

Arsenal - King Cross St Pancrass - Camden Town


King Cross tu transit. Kira berentu dulu kat situ untuk tukaq train. Senang ja kalau kita paham map. (yakin) Setibanya sampai, huwaa! Betul-betul macam yang dok google, dok youtube sentiasa tu. Orangggg ramai sangat! Memang tarikan pelancong, pengunjung





Bersambung...

No comments: