23 April 2014

Day 1, London.

Assalamualaikum! Hihi konon nak update kan tapi harammm busy sampai takdan nak update langsung.

 Okay mai nak sambung. Kami sampai kat Heathrow Airport lebih kurang jam 5 pagi waktu London dan masa tu dah cerah dah macam 7.30 pagi Malaysia dan sejuk nak harommm. Sampai ja terus keluaq takdan nak usha-usha sekeliling dan menuju ka tempat pick-up. Ada siap-siap dah orang tunggu yeay!

Tapi sebelum tu meh nak cita pasai imigresen depa yang orang kata strict sangat tu. Haha okay mula turun flight jalan ikut ja ramai-ramai umat manusia tu. Kemudian nanti sampai kat kaunter UK border kat sini depa nak check paspot la kan. Kaunter imegresen ada banyak sebab ramai yang keluaq masuk UK. Memang ramai.

Okay, sampai kat kaunter masa tu, me and Azim pi sekali satu kaunter. Dia cop paspot i olls relax ja tengok-tengok sikit and bagi balik. Masa kat Azim mak ai lama benor dia check. I olls buat andaian sebab nama Azim ada MOHD kottt sebab tu dia usha baik punya. Soalan biasa depa tanya. "Why are you here?" "Where do you stay?" "How long you will be here?" tu ja yang aku ingat and of course lah i olls speaking baik punyaaaa dengan dia, senyum ghenyih dengan harapan cepat laaaaaa lepas!

OK. Lepas. Lepas tu berkumpul balik dengan group kami, Jason mintak berkumpul. Pi ambik luggage, pi kencing lepastu nak keluaq la dari airport tu and kena lalu satu palang ni nak kesan apa benda laaa kita bawak kan. Kalau ada benda nak declare dia suruh masuk bilik satu tu. Yang tak declare beratoq la panjang-panjang. Tiba-tiba dengan tidak semena-menaaaaa i olls nampak kelibat HACHIKO aka anjing gila bapak besaq dok kat palang tu. Cuaksss dah masa ni. Haaa betoi dah dia ni geng terkam bag. Adui dok dupdap dupdap satgi satu hal pulak nak samak bag kat London ni. Jangan mai jilat seluaq i olls sudahhh. Okay, it's time. I olls lalu dia dok bau2 ja tak kena bag, (please jangan jilat) andddddd Alhamdulillah lepas. Phew first time lalu cenggitu! Kat Bali takdak pun!

Lepas tu ahahahahhhahaha semua pakat dok tak sangka nak ada anjing kat situ. Okay. Pengalaman.


5.30 pagi dah cerah macam ni? Eh memang i olls bangun awai la hari-hari. Confirm tak lewat pi kelas!

Lebih kurang jam 6.00 pagi dah masa ni. Stesen ni area Heathrow, boleh naik direct ke London Central. Next time boleh la naik. Ehem.

Jom jalan kaki pi kerja. Buat macam ni kat Malaysia, confirm basah ketiak masa sampai kat office. Hihi. Depa boleh la jalan kaki, sejuk kita kalau jalan kaki hm memang semua kuruih la.


Okay, setibanya di hotel tak boleh check-in lagi. Pukui 3 baru boleh masuk bilik. Takpa, kita jalan-jalan dulu! Oh lupa, kami semua satu group menginap kat Berjaya Eden Hotel. Hotel ni betui-betui belakang Bayswater station! Area Bayswater ni ada banyak Halal food and souvenir murah-murah. Lepastu selang 1 blok ada Malaysia Hall. Port2 geng Malaysia la ni. Makan nasik lemak cik oi!

Okay, kita pi jalan-jalan dulu. Bilik pun tak boleh masuk lagi kan nak tunggu rugi la. It's London yaww! ahaha

Shopping complex tua di London Whiteleys. Ada H&M, ada JD Sport kat sini hoi murah and barang RARE pun MURAHHHH! ada Toys R Us ada macam-macam! Oh, satu lagi M&S pun adaaa!

 Teksi ni orang kata mahai, so tangkap gambaq satu!

Gambaq wajib!


 Merayau sekitar Bayswater. Syok tak sangga dah masa ni. Sejuk pun buat taktau ja. Padahal ahahaha menahan kesejukkan! Malas nak buka bag ambil sweater tebai! One word pasal London. Calm. Everything around me masa tu, memang calm. Eh ambik gambaq tak payah edit dah, #nofilter katanya. Memang best, dan semestinya mulut dok kata, macam tak percaya, macam tak percayaaaa!


Kami bercadang nak sarapan ala-ala omputih, siap dok meja kat luar lagi. Heh! ambik hang! nak makan pun teketaq-ketaq! Nindia english breakfast. Ahahah sedap gak la. Tak penah-penah i olls makan baked beans sebab tak suka! Tiba-tiba kat sana amboi makan pulak kan.Tiba-tiba sedap!

Lepas makan, layan wifi free, update instagram (wajib) kami pun sambung merayau lagi. Kita ke park pula, paling dekat Kensington Garden. Ayo!

Ahli rombongan sepanjang 4 hari dok melekat dengan i olls. Sabrina(Vee) dan Acong. Thank you guys :) Masa ni taktau apedia depa sembang. Belakon kot ahahaha.



Waduh asikkk sekali masa ni. Cantik. Boleh tengok ramai orang dok jogging padahal baru pukoi 2.30 petang! Garden kat sini memang bila tengok rasa nak guling-guling tapi tak berani sebab anjing suka kencing merata alam. Memang port depa la ni kencing ngan berak kat garden. Calm sangat. Haih masa ni letih tak sampai suku pun jalan. Cuma duduk, tengok orang ligan squirrel dengan burung (tak larat pun buaih, kalau larat taktau la)

Orang depa kuruih, tapi binatang depa gemok termasuklah kuda, burung lembu dan biri-biri. Semua berisi.

Ni budak sekolah buat rombongan kot. Comel-comel rasa nak nak ajak balik Malaysia. Hohoho!


Okay, dah nak pukul 3 jom balik hotel, mandi! Sebab memang dah geli dah ni tak mandi walaupun tak peluh, tapi no way! Nak kena bersihkan diri, baru senang nak sambung jalan-jalan. Tadaaaaa! Lobi hotel comel sangat. Kalau masuk 20 orang memang tak boleh nak pusing sana sini. Kecik dan mewah.



Tudia ni baru masuk bilik, tak lena lagi pun tapi sepah siap dah. Huahua! Kiri is mine, kat tingkap tu Vee punya. Bilik memang muat-muat untuk 2 orang. Level paling atas sekali. Tingkat 5. View pun superb! Hari-hari nampak flight lalu kat langit. Busy betoi langit depa!

Nindia view dari tingkat 5 Berjaya Eden Hotel, London. Amazing sangat!

Okay, kita mandi dulu, tukaq baju, kemudian kita pi cari makan. Lunch pulak. Dok sini asyik lapaq ja. Dah la makanan mahai, tapi takpa, kita memang dah budget siap-siap dah makan sehari 50 pound! Ahaha kalau kat Malaysia boleh makan seminggu banyak tu! Takpalah, sekali sekala kann kan London (padahal semua duit orang) ngeee!

Kami berempat pi makan kat Restoran Halal. Ya tu nama dia. InsyaAllah halal. Makan set ni 7.50 pound sorang banyak gila menyesai tak kongsi. Tapi sebab sedap punya pasai habih makan. Rasa ayam dia macam Nandos! Memang sedap la, pastu kat sana, ayaq oren dia pelik. Rasa lain tak sama macam kat Malaysia. Masam-masam kelat. Tu ayaq tin tu sekali combo dengan makanan!. Dap dap!



Lepas makan sambung jalan-jalan lagi area Bayswater. Masuk mall, masuk kedai nu kedai ni. Beli tu beli ni. Masuk Tesco masuk Sainsbury semua kami masuk. Sampai letih, baru balik bilik. Tak tahan sojuk! Lagi satu kena rehat, esok tu nak jalan jauhhhhh! 

 Pret kebanggaan ku. Sampai ke London pun pret tetap dihati! (PRET-pelajar rajin etika terpuji)

 Ni Bayswater station, bermula journey dari sini. My favorite place. Sampai cekap dah naik tube kat sana. Cewah. Naik kat Kolumpo failed! Hihi

Ni dalam Sainsbury ambik pastu. bayaq sendiri. Sendiri jadi cashier! Sangat lahhh amanah orang yang hidup kat sini T___T kalau Malaysia....semua barang freeee kami suka! Memang ambik pastu keluaq. Tak koserrr nak scan-scan. hahahah! (Jangan tiru aksi ini).

Okay udah udah beli tu, balik bilik cepat! Kat sana pukul 9.00 malam dah tidoq dah. Sebab masa tu kat Malaysia dah pukul 3-4 pagi. Memang kena la dengan cuaca sejuk sampai ke tulang mata punnn berat ja rasa. Aahaha okay, sambung hari ke-2 do London nanti! Hari pertama di London, settle! Not much but yeah, my first day in London!


Thanks for reading!

No comments: