29 March 2014

United Kingdom, Depart.

Assalamualaikum,
Hai semua! Saya akan mulakan cerita saya di UK selama 4 hari 3 malam. Alhamdulillah pihak BCard ada sediakan semuaaaa dari tiket flight, tempat tinggal, transport ke Cardiff serta tiket tengok perlawanan Cardiff City FC vs Liverpool. Best! Untuk trip ni, saya bawa Azim bersama-sama saya kerana yeah, dia nak sangat ke Emirates Stadium dan saya rasa ni masa yang sesuai lah. Satgi kalau saya pi sorang-sorang sesat ka, kena ngorat ka, telepas train ka naya ja kena menetap di London. Hihihi. Yeah, it's his dream. So bawak dia lah. Dia pun excited jugak. Terbayang-bayang dah masa kat Malaysia lagi.

Akhirnya tiba juga 20 Mac 2014 yang sangat dinantikan! Kami bertolak dari Kuala Lumpur ke London dengan menaiki MAS. Yeah, masa ni memang Malaysia tengah panas dengan kehilangan pesawat MAS MH370, saya mula-mula bagitau Mama dia dah risau, tapi saya yakinkan dia InsyaAllah takdak apa-apa lah. Doakan saya...


Okay, waktu nak bertolak tu, Nor dan Mayang tolong hantar ke KLIA. Saya tak pernah ke sana, ni kira first time lah jejak kaki ke sini. Lawa dan ramai umat manusia yang nak ke sana-sini.

 

Ini tiket saya. Naik MH0002. Pertama kali juga naik MAS. Tak mampu nak naik. Sebelum naik ni, few days before fly saya ada check website MAS. Tengok harga. Tak sangka murah! Around RM2980 untuk tiket return KL-LONDON. Selalu around RM3700. Okaylah, tiket pun free. Apa nak peningkan. Pergi saja lah! Rezeki!


Okay dah naik dah, masa ni baca doa banyak-banyak. Baca apa yang patut. Rasa takut tu ada tapi percayalah, Allah maha mengetahui. Masa naik ni, dapat sorang satu bantal, selimut dan earphone. Selimut dan bantal tu boleh sebat (kalau muat bag) earphone bagi balik. Nanti before landing depa mintak balik. Hehe. Tak sompekk nak panas pungkoq, dah bagi kacang dan air. Kita mintak jus epal. Banyak kali minta pun takpa. Ada dia offer jus oren, air mineral dan jus epal. Semua saya bedal!


Private screen sorang satu. Boleh tengok movie (latest), dengar lagu dan ada ayat Al-Quran boleh dengar sampai tidoq (yes, I did this) memang tidur lena.


Ni pilihan lagu yang ada, ada Awi Rafael sekali tau. Ada 84 artis. Ha pilih laa mana nak dengaq. Satu album dia bagi. Lepas tu dia mai hidang supper pulak dah. tengah malam makan cenggini. Memang kaw-kaw lah kan. Makan sampai kenyang. Ada pilihan ikan ke ayam. Ha, pilih ikan laaa asam pedasss! Sedap. Thank you MAS! Ada cheesecake, nasi sejuk(taktau nama apa) jus oren, mineral sikit, bun dan jugaaaa biskut!

Nasi ikan asam pedas! Lengkap dengan sayur!

Okay tu sajalah cerita untuk entri kali ini! Ahaha. Selebihnya saya tidoq, masa breakfast pun tak snap gambo, sebab exciteddd nampak dah London (Walaupun belum sampai) ehehe. Okay, see youuu next entry! Thank you for reading!

2 comments:

Pahlawan Basikal said...

Kena baca kisah-kisah London ni. Seronok baca pengalaman orang :D

Intan Asmira said...

Hahaha first time sampai, dan insyaAllah nak pi lagi.