29 March 2014

London Calling!

Saying Bismillah before you do anything helps you keep your intention right. Also reminds you that Allah is watching.

Assalamualaikum, hai semua orang! Nak bagitau ni, saya dah sampai ke London, United Kingdom dengan izin Allah. Tak sangka tau, Allah menjawab doa hamba-Nya yang hina ini. Terima kasih ya Allah. Macam mana saya boleh ke sana? Nindiaaa! 


Ha, saya sertai peraduan ni lah. Sebenarnya ni dah masuk kali ke-3 saya join. Yang pertama join, grand prize pi London jugak plus tengok bola live dari sana. Tapi saya hanya menang hadiah saguhati sahaja. Takpa lah, saya cuba lagi kali ke-2 tak menang langsung. Ahahaha! Dannn last sekali,kali ke-3 Ni memang saya all out join, spend and spend and spend last-last Allah makbulkan doa saya. Pada  13 Mac 2014, saya dapat call dari pihak BCard, Encik Firdaus namanya, dia call nak bagitau "TAHNIAH, AWAK PEMENANG GRAND PRIZE!" Ya Allah masa tuuuu ketaq satu badan cek oi. I tengah sedap-sedap melahap mi goreng sampai tak lalu makan dah. Ahahahaha! Seriously, memang tangan shaking bila tau menang. Yalah, mulut tak berenti-renti nak pi UK, nak pi UK. Hihi. Akhirnya, saya berpeluang juga. Thank you BCard! Nanti ada peluang, nak join lagi! Pi UK sekali lagi pun saya nak! Hihi

Nampak tak? Nampak tak? Paling atasssss sekali! Hoyeahhh! Saya menang dan 5 orang lagi pun menang! Tahniah kawan-kawan!

Ni lah muka-muka pemenang!

I am so excited satu sebab menang, (of course happy!) pastuuuu saya TAK PERNAH MENANG grand prize hokayyy! So bila menang tu, rasa I AM THE HAPPIEST PERSON IN THIS WHOLE WIDE WORLD! Yang lagi happy tu, dapat ke tempat yang memang sangat sangat nak jejak before umur 30 tahun. It is like #dreamcometrue

THANK YOU ALLAH.

No comments: