04 February 2014

Day 3, Bali.

Peace be upon you!

Bertemu lagi di hari ke-3! Okay sepatutnya harini kami ke Tanjung Benoa-Dreamland-Padang Padang Beach-Uluwatu. Tapi as usual, skip everything and buat itenary sendiri. Hari ke-3 ni jugak lahhhh my camera hilang diragut rakus oleh SANG MONYET masa di Uluwatu. Damn you monkeys! Huhu tapi nak buat macam mana. dah nak jadi. I is sad.

Okay takpa, meh cerita pasal Bali, forget the monkeys!


Nindiaaa highway kat Bali. Panjang gilaaaa pusing-pusing. Kalau atas flight, nampak lawa sangat. Ni perjalanan dari Kuta nak ke Tanjung Benoa lalu sini. Bersih sangat jalan ni dan lorong motorsikal dia luas. Boleh muat kereta Myvi nak lalu situ. Hihi.


My babyyyy! Ni lah Tanjung Benoa, orang datang sini nak buat watersport contoh macam Jet Ski, Flying Fish and Turtle Island. Tapi kami tak terasa nak buat semua-semua tu sebab kat Langkawi haritu ada juga. Tapi kalau mai sini, boleh try mungkin murah lagi. Turtle Island contohnya takda kat Langkawi, boleh la try naik bot laju and go seee the turtle! Plus we are on budget and hati ni nak shoppingggg so we skip this! Cuma datang tengok-tengok sahaja. Kat sini naik bot takyah pakai life jacket, uih takut jugak la kannn tapi insyaAllah they knows better.



Done tangkap gambar, selfie sikit-sikit, we went to Pandawa beach! Lawaaaa sangat airnya jernih. Pandawa ni sebenatnya mewakili 5 orang pahlawan macam kita kat Malaysia Hang Tuah bersaudara tu. Tak ingat semua nama-nama tu cuma ingat Arjuna sahaja :)

Ni masa baru sampai, masih di atas! Kat bawah tu Pantai nya. Ramai orang, tourist dok lepak-lepak bawah tu. 

Kat sini tak boleh shooting, tapi boleh ambil gambar suka-suka! Tak pasti kenapa.




Seeeeeee lawa kan? Air dia biruuuu tapi crystal clear! Best kalau dapat mandi tapi, tapi tak bawa baju mandi. Next time insyaAllah. Kalau pi Bali, ajak supir datang sini. Boleh kayak juga. Lepas jalan-jalan, tangkap gambar moh le minum air nyoq! Murah IDR15000 sahaja. Murah berbanding tempat lain. Fresh, no sugar added, no ice!


My baby belagak, ambik sorang satu. Ajak share dia kata tak cukup dia sorang. Last-last semua pun tak habis. Ahahaha besaq kot buah nyoq tu plus air pun banyak gila. Kembung perut!

Next destination is Garuda Wisnu Kencana Park, Tempat ni ada ceritanya juga, cerita pasal Wisnu. Tapi ceritanya dalam kamera. Ahahaha cuma ada gambar dalam iphone sahaja. Biar gambar berbicara!




Kami naik segway! 15 minit IDR50000 teringin punya pasai, boleh laaaa kan. Pusing-pusing sorang 5 minit. Tiba-tiba syokkkk mula-mula cam gayat sikit tapi dah boleh bergerak tu bestnya! Okay, jakun. Nanti naik kat Langkawi pulak!



My favorite! Me, Azim and Wisnu!


Ni tangan Wisnu takdak sebab tak pasang lagi. Mungkin depa dok pikiaq macam mana lah nak pasang sebab tangannyaaa besarrrr dan berat. Ahahaha failed betoi laaaa. Sian Wisnu.



Trying out the instrument like a pro! 

Done! Selepas itu kami ke Dreamland, tempatnya cantik, luas, dimiliki oleh orang yang sangat kaya di Indonesia. Kawasan ni ada banyak hotel dan rumah mewah yang akan dibangunkan. Bak kata Mas Zainal, yang kaya menjadi lebih kaya, yang miskin dibiarkan. Macam tu lah keadaannya di sana.

Dreamland ni pun kawasan pantai, lawa, angin kuat gila. Boleh la lepak-lepak makan jagung bila kat sini.


Ayo! Panjat! Ahahaha masa ni dah panjat pun bukit tu. Padahal tak perlu pun panjat, cuma kalau nak gambar lawaaaa, better viewww digalakkan! Atas tu ada orang jual Bakso Muslim. Tak try pun sebab was-was. Hihi. So kita jamu mata sahaja.




Subhanallah, cantiknya! Inilah Dreamland Beach. Cantik ciptaan Tuhan.

Selesai kami di sini, kami bergerak ke Padan-Padang Beach tempat shooting filem Eat, Pray, Love. Kat sini pun just tangkap gambar. Penat gila naik turun nak ke pantai. Semput sampai nak pitam. Mungkin cuaca panas sangat. Kembang kempis hidung mendaki. Disarankan pakcik makcik yang sakit lutut tu takyah la turun. Kalau rasa nak berkelah boleh la singgah sini. Hihi.

Padang-Padang Beach

Next destination is Uluwatu. Masa kat sini lah kamera kena curi tu. Ayam betoi monyet ni! Sedih tau walaupun kamera murahhhh tapi gambaarrr dalam tu..hmpppp! Berserah saja la. Okay guys, masa pi sini sila berhati-hati. Monyet kat sini, bukan sahaja makanan segala benda dia nak ambil. Trust me, they are aggressive! Subang dia tarik, handphone dia curi, kamera dia curi, slipper jepun dia curi anddd paling suka sekali dia suka curi cermin mata. Beware!

Okay, meh cuci mata tengok environment sini. Cantik, syok dengar bunyi waves yang kuat tu. Tebing tinggi sangat gayat pun ada. Tapi monyet-monyet tu relax ja lepak tepi cliff. Lepas dok melayan pemandangan, kami get ready nak tengok Kecak Dance, satu tarian tradisi kat Bali ni. Amazing tauuu sebab depa tak guna pun alat muzik. Cuma guna suara sahaja untuk bunyi-bunyian dan jalan cerita pun sekali menyanyi juga. Ala-ala makyong, kuda kepang la kalau kat Malaysia ni.

 The bad guys hanging out. Mungkin tengah bincang strategi nak merompak.

 Kecak dance!

The player, Hanuman tu handsome :) Sempat jumpa masa dok ligan monkey!

 And the most handsome guy, Azim.

Okay masa untuk pulang, dalam perjalanan ke kereta tu laaaa kena samun, and the rest takyah cerita. Ahahahaha terus balik, eh takkk shopping dulu. Pi shopping murah murah kat outlet sampai miskin baru balik ke hotel. At least boleh lupakan kekecewaan tadi kan. Lepastu dinner pun tapau ja.

Dinner yang 'sederhana'. Sedap. Alhamdulillah :)

Sambung day 4 pula! Seronok wooo Bali. Ahahaha memang nak kena pi lagi. InsyaAllah tahun depan.

No comments: