03 February 2014

Day 2, Bali.

Peace be upon you!

Yeay, hari ke-2 di Bali! Tak sabaq nak jalan-jalan! Dah janji dengan Mas Zainal pukoi 9.00 pagi tapi kami excited, so bangun awai turun breakfast free yang sikit tapi sedap dan kenyang, Asyikkkk sekali. Oh, depa panggil morning bite, jadi la nak alas perut kan.
 


Pagi ni, ada nasi jinggo dengan nasi hijau. Bak kata Mas Zainal, nasi jinggo ni sama macam nasi lemak. Okay, sedap. Ada nasi, ada sambal merah, ada telur, ada ayam kecik-kecik, ada maggi? Oh, mi segera kat sini umpama sayur ya. Buat lauk makan dengan nasi. Pastu ada sambal tempe sikit. Ada kopi juga, biskut and bubur hitam allll for freeee!

Untung dok hotel ni. Hotel baru, bilik selesa, ada breakfast free, wifi laju, ada kolam renang. Memang recommended! Booking kat agoda.com booking awal boleh dapat semalam RM80 untuk bilik berdua. Kalau walk in dalam RM100-RM150 semalam.

Okay settle makan, alamak awal lagi. Baru pukul 845 pagi. Kita jalan-jalan area hotel yuk!


Lawa dak lawa dak? Ha ni la tepi lobi hotel kamiiiii! Cantik, tenang ja. Breakfast tepi kolam. Ramai orang kalau lambat turun, makanan habis, tempat duduk pun takdak. So kena awal, nanti kempunan breakfast free. Pukul 7.00 pagi sampai 9.30 pagi sahaja.


Azim dok melawat kawasan hotel. Lorong dia sempit, muat satu kereta. So kalau ada kereta mai dari depan kena reversed semula, panjang woi jalan. Kesian. Waktu malam kelam. Nak jalan pun takut, tapi Alhamdulillah, Bali selamat! Malam-malam dok jalan balik hotel okay ja. Jalan ramai-ramai takpa. Keluar dari lorong hotel tu, ada circle K. Kalau kat Malaysia, macam 7 Eleven tu. Sepah-sepah kat Bali. Harga murah yang pastinya! Shampoo sunsilk yang botol kecik tu around RM3, nescafe sekotak RM1 ja. Ish laaa awat murahhhhh?! Hari-hari beli bawak balik bilik. :)


Kebanyakan dinding tepi jalan kat Bali semua warna ni. Ada lumut somehow cam lawa, rustic, vintage gitu. Atas ni Mira. Dok paksa dia jadi model. Sian dia. Hihi. Okay, balik semula ke hotel. Tunggu supir. Pukul 9.20 pagi Mas Zainal sampai. Macet katanya. Okay-okay, tak marah pun. Excited je :)

Destinasi kita yang pertama, Tegallalang Rice Teres. Kat sini ada sawah padi bertingkek-tingkek kata Mas Zainal. Amboi update betui lagu Malaysia yaaa Mas! Baguih-baguih. Samapai kat sana, cuaca panas tapi anginnya dingin dongggg. Takyah risau sangat nak peluh-peluh. Environment superb! View double superb. Kat Malaysia takda. Cantikkkk!


Destinasi kedua kita, Kintamani. Kat sini ada Gunung Berapi yang masih aktif. Namanya Gunung Batur. Perjalanan dalam 2 jam dari Kuta ke Kintamani. Kintamani ni ala-ala Cameron Highland, tanah tinggi di bali. Sejuk woi! Sambil makan sambil tengok pemandangan. Macam lukisan, perfect!


Kat sini ada 2,3 restoran yang semuanya menu sama ja. Ada satu restoran halal kat atas tu. So itu menjadi pilihan kami. Makanan okay, sedap dan pelbagai. Boleh ambil banyak-banyak kali sebab dihidang secara buffet. Air oren tu big boss punya. Me tak gemor sangat air kopi nya. Jadi yang itu order asing yang tak termasuk dalam harga RM30/pax itu. Kat sini, boleh minta kurang kan harga, kami taktau. Dah kenyang makan semua baru laaaa tau. Tu pun meja sebelah bagi tau. Takpa next time, kita minta kurang! :)


Dah kenyang makan, meh kita posing dengan Gunung Batur pulak. Lawa sangat, nyaman dan sejuk!
 Me and Azim. It feels so good when you are around!

Me and Mira. Love this! Memang lawa sangat belakang tu!

Settle makan, kami bergerak ke Kopi Luwak punya tempat. Sepanjang perjalanan ada banyak tempat yang jual kopi luwak ni. Mas Zainal pilih satu tempat ni pastu kami pun excited la masuk. Mula masuk entrance tu ada nampak satu sangkar. Ada luwak 2 ekor dalam tu. Satu dok sedap tidoq, satu lagi dok tebeliak biji mata tak tidoq.

Luwak ni nama Malaysia nya MUSANG. Kopi Luwak tu, kopi yang terhasil dari tahi si Luwak ni.

Luwak - makan biji kopi dalam hutan - berak - tahi ada kopi - cuci tahi dan asingkan kotoran dan biji kopi - proses - bersih - tumbuk sampai hancur - jadi serbuk kopi - siap untuk buat air kopi!

Me sempat rasa kopi luwak tu harga dalam IDR500000 secawan (RM13) cawan kecil ja. Rasa cam berangin sikit.

 Ni la Luwak. Malam dia aktif, siang dia lenaaaaa ja. Tapi ni dia insomnia. Tak lena. Hihi.

 Taik Luwak. Kering dah. Ada biji kopi dalam tu.

 Close-up sikit

Ada macam-macam rasa kopi dan teh untuk dicuba. Percuma!


Selepas ituuu kami ke destinasi yang terakhir untuk hari itu iaitu Monkey Forest, Ubud. Murah ja tiket masuk ke sini. IDR3000 tak sampai RM1. Local price memang murahhh!


Monyet kat sini banyak sangat. Memang tempat dia untuk main-main kat sini. Kalau bawa makanan, berhati-hati sebab monyet akan ikut je mana makanan tu ada lepastu dia akan tarik atau cari serakusnya. Hati-hati! Kalau tak bawa makanan, monyet takkan ganggu!




Cewah cewah! Sembang apa tu? :)

Itu saja untuk tour hari ini. Kemudian kami pulang semula ke Kuta, rehat dan mandi. Malam tu kami dinner makan Wong Solo! Sedap dap dap! Masa pi kosong, sunyi, masa nak balik dah penuh dah. Muka rezeki rasanya kami ni. Hihi. Perasannnn!

Nasi Ayam Penyet, Wong Solo.


Okay, kita sambung Day 3 pula ya! Stay Tuned!

No comments: