31 January 2014

Day 1, Bali.

Peace be upon you.


Alhamdulillah.
Termakbul niat nak pi bercuti jauhhhhh ke Bali pada 25 Januari hingga 29 Januari lepas. Trip kali ni bertiga. Ha satgi dok ingat kita pi dengan bopren saja pulak kan. So bagitau siap-siap yang kita ni pi bertiga untuk mengelakkan fitnah.

Betolak dari LCCT ke Ngurah Rai Airport jam 825pm - 11.25pm (3 jam). Lega sebab flight tak delay. Takut kalau delay nanti supir tinggai.  Ni dia ahli rombongan me, Azim and Mira.


Abaikan double trouble chin tu. Ni excited sebab nak touchdown Bali. Dok nampak lampu-lampu kat bawah sana tu. Sampai ja di airport, nervous rasanya. First time going abroad naik flight. Dok pikiaq, macam mana lah tempat nya, cantik ka, kotor ka, selamat ka, imigresen ganaih ka, cowok ganteng ka dan macam-macam lagi lah. Tapi alhamdulillah, elok serba-serbi :)

Elok sampai kat main gate airport, supir siap tunggu dah. Dia dok pegang tanda nama MRS INTAN ASMIRA, amboi I belum kawin lagi naaaa! Ha, lega takyah tunggu lagi.

Okay, supir ni kita dapat dari MAS YANTO emailkan, confirm dia reply. Let him know nak pi bila, nanti dia reply balik beserta itenary nya. Makanya, selama kami berada di sana, Mas Zainal (supir) yang melayan kami, sembang, ajaq bahasa bali, jepun dan lain-lain lagi. Harga? Murah ya amat!
 
Sehari IDR350 000 okay kalau convert duit Malaysia baru RM97 sehari yang cover duit kereta, minyak dah upah supir. Wey murah okay! Bali tu besaq, hang nak jalan dari pagi ke malam pun boleh bagitau diaaaa dia bawak kan. Settle.

Okay. Settle pasai supir, kami dibawa ke kereta kemudian bagitau Mas Zainal nak pi makan. Waduh waduh udah laper :) Dia pun pusing-pusing la pekan Kuta tu cari makanan halal. Hang ingat senang nak cari makanan halal pukoi 1,2 pagi? Nasib lah abang ni terer kan, makanya jumpa lah satu kedai ni. Masakan padang, muslim, insyaAllah Halal.



Ni menu malam pertama di Bali. Nasi padang yang ada ayam goreng, ayam dia kecik ja sebab ayam kampung okay. Sambal merah yang sedap. Ni menu wajib masa di Bali. Sedap, kena dengan tekak Melayu ni. Makan harini IDR28000 termasuk air fanta merah. Mahai sikit sebab ayam kampung RM7.70.

Lepas tu sampai hotel, check-in POP! Hotel Kuta, pastu out! Tidoq sampai esok!



RM1 sama dengan IDR3600 (Harga matawang semasa di BALI)
JANGAN tukar di Malaysia! MAHAL!
Kalau tukar di Malaysia dapat RM1 sama dengan IDR2900
beza dalam 700 okay. Banyak tuuuu!

Bersambung DAY 2!

No comments: