26 October 2013

Hatyai Not Dangerous.

Peace be upon you.

Semalam 25/10/2013 me, Azim, Awa, Ayen berjalan ke Hatyai. Tujuan utama nak melawat kawasan, nanti boleh pi lagi bawa kawan-kawan yang lain, InsyaAllah.

Jarak perjalanan kami dari Bukit Kayu Hitam ke Hatyai lebih kurang 51KM.
 
Sebelum sampai ke pos imegresen Bukit Kayu Hitam tu make sure kome semua tukaq duit Malaysia ke Thailand. On the way nak pi sana, belah kiri ada CTC. Tak sure apa makna CTC tu tapi kat sini kita kena beli white card bagi sapa yang guna passport nak ke Thailand dan beli insurans kereta nak ke sana. WAJIB! Ada booth kat situ boleh tanya "Encik, saya nak pi Siam ni bawak kereta nak kena beli apa?". Sebelah tu ada booth tukaq duit. Okay, settle ketiga-tiga benda tu kami pun menuju ke utara Malaysia.


 Shopping bawak not seribu 4 keping. Hang ada? 1000baht lebih kurang RM100

  Azim, me dan Awa. Feeling2 sat lepas cop border pass. Ayen pi beratoq nak cop/check geran/insurans kereta. Ni dah jejak Thailand dah. Weehuu!
 
 
Lepas settle cop border pass, cop passport, cop/check geran/insurans kereta kami pun menuju ke Hatyai. Masa terhad so kena la straight pi Hatyai. Jalan ke sana okay, jalan kampung, lebor TAPI sila lah memandu dengan berhati-hati semasa berada di sana kerana rakyat Thailand ni memang buat jalan raya tu mak pak depa punya, memandu suka hati, signal apa pun tak bagi main redah ja. EXTRA careful please.


 Haaa tengok ni takdak ciri-ciri keselamatan langsung. Nak pi mana tu? Ni kira biasa la kat sana. Rata-rata ada ja depa angkut orang macam ni. Tengah hujan pun macam ni okay. Sebelah kanan tu signboard nak ke Hatyai. Zaaasss!


Lebih kurang sejam kami sampai Hatyai, kami straight ke Lee Garden Plaza, dulu tempat ni kena bom. Security kat sini memang strict nak masuk parking check habis satu kereta. Nak masuk ke dalam mall ni kena lalu yang macam kat airport tu kalau lalu nanti bunyi teeetttttt! Nanti depa check beg kita. Nak make sure kita tak bawak bom?! Untuk keselamatan katanya. 

Tempat pertama kami singgah, KFC! "Macamlah Malaysia takdak KFC." Ehem anda salah okay, menu KFC depa tak macam kita totally different, kat sana depa tak serve Milo, depa ganti chocolate drink! Sedap hoi, pekat likat and satu lagi yang memang me paling suka juga, KFC depa ada Nescasfe! Ya Allah nikmatnya minum Nescafe sedap! lepastu the most favorite thing, me and Awa memang suka tahap doploh bintang ialah.....!


EGG TART! Sedap tak ingatttt taktau berapa kali kata sedap sepanjang dok telan tu!

 
Ni Ayen, tourist guide paling the best! Thank you Ayen sanggup MC tapi kantoi last minute. Hakhak!

Lepas isi perut makan egg tart, minum Nescafe kami pun merantau lah mencari barang-barang yang nak beli. Banyak kedai, gerai kat central Hatyai ni, parking ja kereta lepastu jalan lah mana nak pi pun. Tapi beringat sama la satgi sesat. Sebab kat sana banyak lorong-lorong. Satgi dok excited shopping lupa habeh jalan. Hihihi.
 Awa shopping sakan sebab kecewa katanya. GST punya pasai hehehe!

Haaa tak banyak sangat shopping, jadi la beli sikit-sikit berjimat. (Tengok tu usung Nescafe yang lebih)


Nak shopping lagi, pusing-pusing lagi tapi tak sempat sebab dah lewat, lepastu hujan pulak kan. Makanya kami pun harus beredar dannnn PI MAKAN lagi! Misi seterusnya Ayen kata kita pi makan daging bakar! Okay, kalau mai Thailand ni silalah pi cari daging bakaq sebab memang famous lah! Banyak kedai yang jual, pastikan cari yang halal. Oh, daging lembu, satgi dok pi makan daging pink animal tu pulak. Hihi harommmm!
Sampai kat kedai ni nama kedai KAI TOD DAYCHA & SEAFOOD HATYAI (taktau maksud apa kai tod sekian sekian tu) excited baq hang nak order daging bakaq, mai mai dia kata "daging bakar habis" ayam sungguh la. SOB SOB. Kena la ubah menu lain. Kesian.
 

Menu kami, ayam goreng (sedap, rasa lain dari ayam goreng Padang Besaq yang me penah makan!) tomyam seafood (oh my! sedap jugak! ada sotong, udang, ikan ya dalam tu.) ikan steam lemon (limau nipis ja pun over tau letak lemon. sedap piaw piaw tapi Azim kata pahit. But for me okay ja, sedap.) 
 
Me and Awa posing before makan, padahal lapaq tak sangga dah time ni! Tudung pun herot petot dah time ni.

Total kami makan 4 orang dalam RM74 okay lah harga sebab teh ais sedap! lauk sedap! and ikan besaq! Makanya bergerak lah kami untuk pulang. Sebelum pulang kami snap snap sket gambaq kat area kedai makan ni. 

Azim pun nak jugak. Ecewah comei perut tu.
Me and Awa before leaving Hatyai.

Sekian dari Hatyai kepada anda! Kena mai lagi ni, mai tidoq pulak, banyak lagi tempat tak pi. Floating market takpi lagi, Tesco Lotus takpi lagi, daging bakaq tak makan lagi! Hatyai dalam 3 kata murah, ramai, sedap. Okay dak?

No comments: