06 September 2010

Bila Raya Tiba,



Malam Raya (pagi esok tu hari raya)

Hari untuk menyerbu rumah tok(sebelah mama) kat kampung borhan, alor setar! Masa ni boleh la nak berkumpul semua sepupu sepapat. kebiasaannya, hari terakhir berpuasa ni saya dan keluarga akan berbuka di sini. meriah! banyak makanan(penting!) kole, mug, cawan favourite dari rumah mesti bawak sebab nanti berebut dengan yang lain-lain. Maklumlah bila dah beramai-ramai ni, mana nak cukup pinggan mangkuk semua. Part paling best, time makan. Uih kalau kena sambal belacan tok buat, memang terangkat. tapi kali ni, saya request kat tok suruh buat sambai teloq yang pedas kaw-kaw punya.

Selalunya lepas berbuka, saya dan angkatan yang lain akan sedia untuk keluar rumah, tambah-tambah lagi budak bawah umur yang dok tahan diri nak bakar mercun dari siang tadi kan. selalunya ada la pembekal mercun ni. bagi sorang sikit kat anak menakan, bolehla semua dapat main. mercun bola, teloq naga, ketupat, papan, mercun mancis, gasing, bunga api biasa, bunga api kaler-kaler, bunga api bintang T_T uih semua adaaaaa.




Hari Raya!

Okay, pagi raya siap mandi semua, sembahyang raya kat masjid taman seri kota(erkk, selalunya abah saja yang pi) balik sembahyang, mula lah drama pagi raya, maaf bermaafan dan DUIT RAYA dari big boss! kemudian bergerak semula ke kampung borhan untuk drama raya ke-2(salam dengan tok). masa ni memang laaaa macam best sebab ramai yang dok tunggu nak bagi duit raya. HAHAHA okay, okay dah 21. tak dapat dah kot rasanya. tapi, tapi saya belum kerja T_T boleh la dapat kan kan? bagi la sikit. boleh la nak beli henpon ka, tiket paramore sekeping ka :(

The best part, MAKAN TIME! selalunya, mak menakan saya masak. antara menu yang selalu di hidang masa hari raya nasi minyak, ayam masak merah atau laksa. ketupat dengan kari daging tok buat, yang ni sangat lazat. menu wajib setiap kali raya :) abah dengan mama tokey ais. depa la selalunya cari lori ais pagi-pagi raya. beli satu plastik besaq tu. cukup la sampai ke petang.

Meriahnya raya kali ni, yang saya pasti, kekasih akan beraya di KEDAH! kekasih, drive elok-elok na? ingat, awak tu lesen VIP. jangan dok lena time drive, kalau dak, nanti saya mai jerkah kat telinga kuat-kuat. HAHAHAHA.

No comments: