05 September 2010

5 Favorite Love Movies.


No. 5
The Notebook

Okay filem ni sedih. Antara tunang atau cinta sejati. Susah nak pilih. Lepas dah berpisah, tapi at last jumpak balik, kedua-dua still lagi rasa cinta tu. Yalah cinta sejati kot. Haih. Bila dah kena pilih ni memang la susah. Sedih sangat. Oh ya, filem ni start dari awal ada orang yang ceritakan. Yang bercerita tu lelaki tua, yang mendengar tu perempuan tua. So sweet, ish tiba2 teringat i want to grow old with you :)

No. 4
P.s. I love You

Filem ni sedih time awal-awal. Yalah, hero mati awai awai. Part paling sedih bila perempuan tu call handphone lelaki tu (padahal lelaki tu dah mati) sebab dia nak dengar suara lelaki tu. Haih memang sangat touching la.


No. 3
Dear John

Okay, filem sangat la terasa sedih nya kalau tengok time-time emosi tak stabil. Leleh habis la. Lagi satu sedih sebab cerita ni ada pasal bapak si John ni. Sedih sangat time bapak dia nak mati. Yalah lelaki kan, mana la tau nak kasih sayang dengan bapak. Time bapak dia nak mati tu la. Dia tulis surat, lepas tu baca kat bapak dia. Sad. Lagi satu, lepas tu, si kekasih hati pulak kahwin dengan orang lain T_T apa la nasib, sudah jatuh ditimpa tangga.


No. 2
Radit Love Jani

Filem yang akhirnya memang meleleh. Hahaha. Kekasih kata cerita ni pasal pengorbanan yang tak terhingga si lelaki. Sebab sanggup melepaskan perempuan yang sangat di sayangi demi kebahagiaan nya. Tapi saya rasa tak patut, sebab kalau sayang, buat apa lepaskan. sepatutnya kena lebih berusaha la kan? Hmm lagu filem ni; Tentang Kita, memang sesuai la. Memang buat air mata ni turun lajuuuuu.


No. 1
500 Days of Summer

Sangat sukaaaa, sangat cintaaaaa filem ni! Adore si comel tu sangat2. Zooey! Comel kan kan? Okay filem ni kekasih la suruh tengok(oh, time tu bukan kekasih lagi, masih kawan) sebab filem ni best, scene dalam movie sangat menarik, graphic pun sangat awesome, lagu dia best; Sweet Disposition by Temper Trap. Filem ni best, complicated sikit sebab saya tak faham apa la perempuan ni nak kan? Yalah, lelaki tu dah sayang dia sangat2, macam2 lelaki tu buat untuk dia, tapi dia still lagi tak boleh nak cintakan lelaki tu. Haih, kalau saya, memang tak lepaskan dah si Tom tu. Hensem, architect pulak tu. Creative lagiiii.

No comments: