23 August 2010

Balasan Tuhan?

Saya tak rasa itu satu balasan. Mungkin tuhan nak tunjuk kan sedikit demi sedikit atau pun tuhan nak saya percaya bahawa setiap patah perkataan yang keluar dari mulut mereka adalah dusta dan permainan mereka sahaja. They are totally twisted. They blame on each other but at the same time they have their own agenda. Kesian kan kepada yang terkena?

Tetapi adakah itu permainan mereka agar mereka dapat mempermainkan orang lain? Semalam selepas kejadian, seorang teman berkata bahawa, perangai yang susah dikikis membawa diri dalam kesesatan yang lama. Tambahan pula hati dan perasaan masih terikat pada yang lama. Kononnya si dia berkata, cinta yang ini, cinta mati. Tetapi bila berlaku perkara yang sedemikian rupa, masih kah dia menganggap cintanya itu cinta mati? Atau cinta yang bakal mati?

Saya tak berani mengulas lebih lanjut. Kerana saya pernah dituduh berpelakuan sebegitu sehingga membawa kepada kemusnahan perhubungan. Tetapi, itu apa yang orang sangka. Hakikat nya hanya Dia yang maha mengetahui. Sebagai hamba-Nya saya berserah ke atas takdir yang telah ditentukan oleh-Nya.

Jika terdapat sepuluh benda di hadapan kita, tidak semestinya ke sepuluh benda itu baik semuanya. Pandai lah kita menilainya agar kelak tidak binasa.


2 comments:

arzwn said...

pssssstt.and they share their food too. :)

Intan Asmira said...

hahahaha yeahh rite.