27 April 2014

Short getaway, Grand Lexis.

Oh, ni pun tak update lagi ha! Ni pi dengan Ah Babies. Pi Port Dickson. Selama hidup ni kali ke-2 Pi Port Dickson. Kami tidoq kat Grand Lexis. It wassss good! And good price too!

Dari kiri: Fira, Mayang, Atin, Me, Bell, Kecik (Nor - tangkap gambaq)

 Nor

 Kecik



Ah, nanti lah cerita. London pun tak habis lagi. Kolumpo pun.


Bersambung...

Day 3, London (Arsenal).

Peace be upon you bertemu lagi kita di entri hari ke-3 di London. Hari ke-2 penat pi balik ke Cardiff, Hari ke-3 kita jalan sampai sakit kaki around London pula.

Macam biasa (padahal baru 2 kali bangun pagi kat London) hihi! Turun breakfast, jumpa Kai dan Yiwen lepastu confirmkan semula dengan depa tiket tube berapa ringgit untuk dua hari. Lepas dah dapat kepastian makanyaaaa kami pun selamat keluar dari hotel menuju ke station Bayswater.

Alaaa masih awal. 8.30 pagi. Okay, kita beli Oyster Card dulu! Oyster Card fungsinya macam touch n go lah. Nak naik train/tube/bas kat sana kena guna Oyster Card ni lah. Harga nya 5 pound tapi tu harga kad sahaja! Maknanya kita kena topup sendiri berapa pound kita nak ada dalam kad kita tu. Okay, we olls cuma topup 10 pound sahaja jadinya harga yang perlu dibayar adalah 15 pound. Harga kad yang 5 pound tu nanti masa balik, kita boleh pi juai balik kad tu kat station so nanti kita dapat balik la 5 pound tu. Kira macam deposit lah kan. Tapi i olls tak juai balik. Sayang. Simpan bawak balik Malaysia sebab nanti nak pi lagi :P

Dah selesai beli. Ambik map tube sebab senang nak rujuk dan sangat lah berguna. Boleh study tempat-tempat kita nak pi tu kena naik lane mana semua tu. Map free saja dan boleh ambik banyak mana nak ambik tapi, ehem nak buat apa banyak-banyak? Ahahahah bukan boleh lap pungkoq punnn.

Kenapa we olls topup 10 pound ja? Cukup ka nak jalan-jalan sampai petang ni? Banyak tempat nak pi ni! Okay kat London ni ada price capping. Apedia tu? Makna kata kita hanya di 'charge' maximum 7.00 pound untuk satu hari perjalanan bermula dari jam 9.30 pagi hingga 4.00 petang kemudian 7.00 malam ke atas DAN hanya untuk ZONE 1-2 sahaja. Ya dua zon sahaja tapi percayalah, tak sempat pun nak explore semua tempat. Dah la depa ada 8 zon! kalau nak pi zon lain, kena topup cara lain pulak. Dia ada price capping lain pulak. Tu takmau bagitau sebab nanti you olls pening. Next time okay? Nanti i olls pi sekali lagi untuk cover semuaaa zon! Maklumat lanjut boleh check sini -----> Transport For London

Dan lagi satuuuu, price capping tu jugak kita bolehhhhh guna naik bas merah 2 tingkat yang tinggi gayat gila macam dalam movie Harry Potter tuuu. Tapi pastikan ada logo underground tu tau. Okay, jam dah 9.30 pagi jom kita serbu platform kita yang pertama. JANGAN HILANGKAN KAD ANDA.

Lokasi pertama pagi ini ada ke utara London untuk melawat ARSENAL. Nak pi Emirates Stadium!


Ni ghopenya Oyster Card tu. Dapat cover sekali.

First timeee dok underground London ni! Excitedddd! 

Londoners nak pi mana taktau ramai-ramai ni.

Masa kat bawah ni, dia ada dua line, Kuning atau Hijau. We olls ambil kuning iaitu Circle Line. Nanti train dari sini akan ke stesen South Kensington dan dari situ turun train dan cari platform Victoria Line, naik train Victoria Line untuk ke Arsenal. Vicoria Line ni waran biru tua! Yeahhh tererrrr! Sebenarnya, tak susah dengan berpandukan map sahaja insyAllah tak sesat. Yakin! 

Kiranya perjalanan untuk ke Arsenal adalah dari:

Bayswater  ambil Cirle Line  via Victoria - naik train sampai stesen South Kensington - turun - jalan cari platform Victoria Line - naik train - direct ke Arsenal. 

Kalau tak pasti, semak map, tanya orang atau dengar announcement. Settle.

Yes! Selamat sampai tanpa sesat!

Dari luar stesen. Best gila dapat jejak woi! haha

Jalan kaki dari stesen ke stadium. Cantik rumah area Arsenal ni. Sunyi ja.

Masa nak keluar dari stesen tu ada dah signboard rata-rata nak ke Emirates Stadium. Kira dari stesen tu pusing kanan sahaja. Dan jalan ja ikut lorong pejalan kaki tu. Jalan 5 minit ja. Pastu jumpa lahhhh kedai The Armoury. Haaa bukan kedai senjata na tapi kedai jual barang-barang Arsenal FC. Tapi kedai ni kecik ja sebabbbb ada satu lagi kedai Yang 3 kali ganda besaq dari kedai The Armoury yang terletak di belakang Emirates Stadium. Yang satu lagi tu betul-betul kat pintu masuk nak beli tiket Arsenal Tour. Nama pun The Armoury jugak.

Paling happy, paling banyak gambaq masa kat sini tentulah Azim kan. i olls tolong snap snap ja. Haih takpa lah kita kasi chance kat dia kan. Nak sangat mai sini kannnn. Kira sepanjang 2 jam lebih kat sini dok tengok dia ghenyehhh ja. 

First logo nampak teruih nak snap dah. Belum nampak stadium lagiiii masa ni.

I step on it! I step on it! Ni masa kat kedai. I olls sibuk tangkap gambaq manakala Azim pulak sibuk.........

 Shopping! Shopping barang dia, barang orang pesan.

 Siap pakai jersi kat dalam lagi. Tak sejuk ka? T__T Semangat sangat dia.


Setiap saat. Setiap gambaq. Batang hidung stadium tak nampak lagi.

Okay nampak dah sipi-sipi. Amboi tanpa menoleh ke belakang!

Ha, toleh la sikit. Ahahaha!

Masa ni I know he is speechless and yes dream come true.

Checked! Emirates Stadium.

Okay masa ni tengah cari kaunter nak join stadium tour tapi tak jumpa lagi. Makanya kena tangkap gambaq dia lah.

Dan lagi.

Oh, ni kagum sangat. Ada banyak bench macam ni pastu ada nama player. Termasuk kat tiles bawah tu. Ramai gila! Maybe ada staff lain lagi yang pernah berkhidmat dengan Arsenal FC.

Okay jumpa dah kaunter mari beli tiket masuk.

18 pound untuk self guided tour. Maknanya, kita jalan dalam tu sendiri, nanti dia bagi radio kecik untuk kita dengaq explanation. Pastu dapat lanyard Arsenal FC free satu! Yeay! Stadium ni lawaaa luasss! Coldplay penah buat concert kat sini masa taun 2012 kot. 

Apa lagi jom layan gambaq tour pulak!

 Eh? Kerja sini ka?

 
Amboi.

 Amboi jugak.

Kata-kata semangat.

Bilik mandi. Ramsey mandi bogel kat situ eh? ahahaha!

Ada jakuzi kecik juga!

Sick-bay

Changing rooom!

Kalau nak ikut, gambaq paling banyak sekali dalam ni lah tapi takpa lah satgi you olls muntah pulak tengok ahahaha! I olls letak dua dah la.

 Tak habis-habis dengan favorite dia.

"Eh tempat ni Ramsey pijak pijak guling guling tuu. Eh peluh menitik pun kat lantai ni la. Ehhhh!"

Nak pi tengok padang pulak. Semangat bola dia tu mai dah lettew.

 "I was hereee"

Macam pengacara nak bagitau something dak? Ahahaha!

Ni selalu tengok orang dok dalam tv ja. Now im on it!

Ajimmm is happy, I know.

Lepas dah penat pusing-pusing dalam stadium, kita pusing-pusing luaq stadium pulak. Memang complete la tawaf satu stadium. Ambui kalau kat kedah tu, stadium pun tak pandang tau. Ramai orang jog around stadium ni. Jalan-jalan bawak anjing pun ada. Pastu baik punyaaa dia dok kencing rata-rata. Be careful kalau mai sini, jangan nak main landing suka suki okay? 

Haa ni tengah cari port la ni.

Half baruuu jalan keliling ni. Stop sat.

Tugu Thierry Henry dengan legend pose dia. 

Nak jugak! Ahahaha jealous lettew!


Selepas penat merayau di Arsenal, makanya dengan berat hati melangkah meninggalkan Arsenal dan menuju ke Camden Town. Kalau ikut "orang kata" Camden ni meriah dengan baju kasut apa semua jenih la. Okay, nak sangat pi, jom kita pi! Dekat dah dengan Arsenal.

Arsenal - King Cross St Pancrass - Camden Town


King Cross tu transit. Kira berentu dulu kat situ untuk tukaq train. Senang ja kalau kita paham map. (yakin) Setibanya sampai, huwaa! Betul-betul macam yang dok google, dok youtube sentiasa tu. Orangggg ramai sangat! Memang tarikan pelancong, pengunjung





Bersambung...

24 April 2014

Day 2, London-Cardiff-London

Peace be upon you!

Berjumpa lagi di hari ke-2 percutian percuma i olls ke London. Okay hari kedua kira highlight trip ni, tujuan utama para winner adalah untuk ke CARDIFF! Sebab nak tengok match antara Cardiff City FC vs Liverpool FC dimana kami ni peminat tegar Cardiff City FC! Semangat Malaysia membuak-buak dah masa ni. Ehem.

Selamat pagi dari Bumi Ratu!

6.00 pagi waktu London! Subhannallah macam dalam televisyen HD view diaaa. Angin nyaman tak perlu aircond langsung! Siap-siap mandi turun lobi pastu pi sarapan dulu. Wajib breakfast sebab free dan kita akannn berjalan jauh harini! Trip satu hala ke cardiff lebih kurang 3 jam lebih.

This is my breakfast! Semua angkut. It's freeee haruslah angkut semua kan! Tapi tak ambik banyak jugak. ada berries, cereal pabenda semua tu. I olls tak boleh masuk dah. Lagipun nak jalan jauh satgi nak berry pulak kan.


Turkey pun sentai ja first time telan turkey. Hahaha


Ni kalau bukan buffet breakfast ada yang lain lagi tapi kena bayaq. Cuba tengok nampak dak? Roti canai 6.90 pound? Lebih kurang RM30? Hellooo kat loqstaq boleh makan 30 bijik! Ahahaha ridiculous but true! Tapi okay la ada chicken curry :) dah kenyang boleh segera keluaq dan tangkap gambaq!


Masa ni nak pukul 8.00 pagi dah. Dok tunggu yang lain turun. Coach pun dah tunggu depan hotel dah. Yes, we are going to Cardiff!

Group photooo! Pakcik coach tu la yang tolong tangkap. Thank you pakcik!

Orait mari mulakan perjalan kita hari ini. Ada few view sempat i olls snap sepanjang perjalanan. Budget takmau tidoq sebab rugi wohhh kita mai nak tengok tempat orang kannn....tapi harommm ada la beberapa kali terlelap. Penat semalam tak habis lagi. Jet lagged kot. Hehehe.


Tengok ni kontraktor buat kerja. Sorang pulak tu. Bestnya dia. Buat kerja dalam weather yang sejuk gila. Memang i olls pun nak jadi kontraktor camni. Hehehe. Di Malaysia camni memang kita isi borang dulu la nak jadi kontraktor. Bulan puasa siap overtimeee!

 

Sepanjang perjalanan tu i olls perasan ada lalu kawasan Windsor. Dari jauh dah nampak castle dia. Takpa, one day okay? Sebab kat Windsor ada Legoland! Nanti nak buat UK trip boleh masukkan kan sekali Windsor. 

Highway menuju ke Cardiff ni kiri kanan padang hijau. Banyak biri-biri, kuda, lembu. Hijau jaaa tengok. Kalau drive kereta sendiri memang ajak singgah sana sini dah. Hahaha. Sebab nak ligan masa, we olls berhenti sekali ja. Ada RNR kecik yang ada Waitrose pastu dalam tu ada Starbucks. Beli hot choc satu, pi kencing sekali kemudia sambunggg balik perjalanan. Masa ni dah halfway dah.

Rasa lamaaaa gila nak sampai. Telelap bekali-kali. Hahaha!



Azim mengantuk, so dia lena sat masa kat RNR. (taktau nama apa RNR ni. Mai letak ja "RNR")

Ada Days Inn kat tempat we olls stop ni. Nanti kalau pi Windsor, boleh lajak ke Cardiff kan. Berenti tidoq kat sini ka. Ecewah dah simpan dah angan-angan tu! InsyaAllah. Tangkap gambaq sorang satu. Satu kali lagi buat belagak, beli hot choc pastu pi minum kat luaq siap dilanda angin yang maha sejuk lagi. Huahuahua!

Hai kuda, makan ka lena?
Yeehaaa nak lepas tol dah, kira nak masuk Cardiff dah rasanya! Few miles lagi kot. Tol satu sepanjang London-Cardiff ni. Dalam 7 pound gitu. Okay la murahhh. Banyak kereta. Nak pi tengok bola ka abiang? Hihihi.

Lebih kurang tol kat Malaysia.

 Ha tudiaaa 12miles lagi. Kat sini tak pakai kilometer okay anak-anak.

Finally, Alhamdulillah selamat jejak Cardiff ibu kota Wales :)


Cardiff punya pekan lebih kurang macam London juga tapi lebih sunyi, banyak rumah kosong, banyak student dan mini cooper kat sana sepah-sepah serupa kat Malaysia kita banyak nampak myvi. Gituuuu. Dengan harapan kalau i olls dok sana, mungkin dah pakai mini cooper. Mungkin.

Tujuan harini, memang semata-mata kita nak tengok bola, jadinya memang tak boleh nak pi mana-mana. Experience ni semua peminat bola idamkan okay, jadi kita kena ikut jadual pihak Umobile and Cardiff City FC dah atoq elok bagi kita. Enjoy!

Signboard pun jadi lah. Nak pi tak sempat.

 Cardiff castle ni memang dalam list tapi apakan daya bukan masanya lagi. Next time.

Bye my prince, bye, See you soon. Next year..eh?

First glimpse, Cardiff City Stadium. Visit Malaysia gedabak kat situ. Bangga kannn?

 Tiket sorang satu. Thank youuu Bcard, Umobile and Cardiff City FC


Me and Vee posing kat luaq. Teman depa berasap masa ni. Sebab game tak start lagi.

Tadaaaa masih kosong, gate tak buka lagi. Tetamu VIP ja yang jakun dok melilau masa ni. AHAHAHAH!

Basuh padang, kot. Ahahahaha!

Tediaaa baq hang player Cardiff City warm up hujung sana, Liverpool hujunggg sini. Dekat di hati sangat masa ni.

Lepas tu, game pun start, oh lupa pulak, we olls happy gila sebab we olls kena berkampung dalam Media Suite haa takla sejuk gila macam kat luaq tu. Menggigil-gigil. Cobaan untuk menjadi local tidak menjadi lagi, masih belum kental lagi. Hahahah. 

Dalam media suite tu, ada sorang ni keja jaga kita, Nama dia Kak Ton, okay bukan. Lupa nak tanya nama dia. Tapi dia cuba melayan we olls makan, minum, makan dan minum sampai habis game.

Inilah Kak Ton tuuu. Thank you jaga kami, Nampak ayaq kat hujung sinun tu, haa masa nak balik boh dalam bag bagi penuh. We olls punya semua. Kecuali sofa, meja, pinggan tak boleh ambik naaa.

 Makanan we olls masa game berlangsung. Delicious chicken wing. Taste like London ahaha.

 Makan kenyang, and here goes my cold feet. Selesa betui la boleh bukak kasut.


Bila dah habis game, yes Cardiff kalah but they did their best. Takpa, cuba lagi nanti okay? Muahaha. Tu ja lah kata-kata peminat yang taktau pasai bola boleh cakap. Lepas habis game, say goodbye and thank you to Kak Ton, kami pun bergegas turun nak jumpa pak angkat yang sponsor we olls ke sini, iaitu Tan Sri Vincent Tan. Thank you Tan Sri! Weeee reallllyyy have a greeeaaattttt day today!

Mana dia mana diaaa haaa tudiaaa! First time jumpa and same goes tooo Jason even kerja sekali pun, ni first time dia begitu dekat dengan Tan Sri katanya. Hihihi.


Group photo satu kaliii before leaving!

Amazing day, amazing people. Thank you Cardiff City and all.

Nak jugak gambaq i olls sorang-sorang! Sokong Cardiff City FC! Ahaha

Dah habis posing sana-sini we olls pun bergerak pulang. Bye Cardiff, jumpa lagi insyaAllah. It's a wonderful experience and it's new for meee selalu tengok dalam tv ja kan. Dapat peluang camni once in a lifetime memang best gila baq hang. Nak nangesss rasa bila flashback and throwback! Ok, over.

 
This izzzzz Bellamy. Star katanya. Dulu dia Liverpool. Pastu pi Cardiff pulok. Masa we olls tunggu coach tu sampai, dia pun keluaq ke parking, haa apa lagi. Jerit laaa! Bellamy, Bellamyyyyy. Langsung dia tak pandang. Sampai hati you olls kan. Sob sob.

Actually, this is the end for this beautiful day, sebab kami straight pulang ke hotel. Lebih kurang pukul 9-10 sampai depan hotel. Kami decide pi tapau makanan dan balik ke hotel, makan dan tidoq. Sebab penat sangat journey harini dan esok, me and Azim akan bergegas keluaq awai pagi nak berjalan di Kota London pulak. Yes! Free and easy lah ni. Suka hati kita nak pi mana pun katanya. Yeayyy! I laffff it! See you guys next entry, Day 3 in London!


Thank you sudi baca :) Peace be upon you.